Zamzarina Bt Zakaria's profile picture

Zamzarina Bt Zakaria

@zarinayu_cocodamia

Pusat Bahasa Pelangi, CocoDamia & GO JB Chocolate
Cooking is my hobby.
Family travel.
🇲🇾🇭🇲🇰🇷🇭🇰🇯🇵🇵🇭🇸🇦🇧🇳🇮🇩🇹🇭🇸🇬 🇹🇷🇦🇪🇮🇳🇻🇳🇫🇮🇨🇳

Malaysia
instagram
Followers
2,957
Following
1,973
Posts
6,384
Engagement Rate
%
Campaigns Featured in
1

Recent Posts

Post by zarinayu_cocodamia
5
2025-03-18

17 RAMADAN Salam Nuzul Al Quran. Masak apa tu? Sis masak Siakap sweet chili thai. Ramadan tahun ni memang betul2 menu simple eh sejak2 anak tak cukup korum berbuka kat rumah ni. Ghisauuu masak heavy2 nanti tak habis, jadi perhiasan dalam peti pula. Nak buang sayang walaupun akhir hayatnya tetap kena buang. #iftar #ramadan2025 #siakapsweetsour #siakapthai

Post by zarinayu_cocodamia
6
2025-03-17

16 RAMADAN Menu simple-simple untuk berbuka.. Zup zap zup zap tak sampai 20 minit siap Mee Kari kita. Sana sini cari kerang, kerang tak timbul pula. Kalau tak mesti lagi sedap… #iftar #ramadan2025 #meekari #meekarisedap #mikari

Post by zarinayu_cocodamia
12
2025-03-16

15 RAMADAN Alhamdulillah.. Lepas hantar Ayyunie balik asrama tadi, mengimarahkan ramadan dengan iftar kat sini lagi 📍 Masjid Jamek Bandar Baru Uda Pejam celik pejam celik dah separuh bulan Ramadan berlalu. Tanya pada diri apa yang aku boleh baiki untuk baki 15 hari lagi. Buat yang terbaik, lebih baik dari semalam. InsyaAllah. #iftar #ramadan2025 #masjidjamekbandarbaruuda #iftardalamdulang

Post by zarinayu_cocodamia
6
2025-03-15

14 RAMADAN Mini Buffet Ramadan.. Harga RM15 sahaja.. Kanak-kanak bawah 5 tahun percuma.. Dengan harga sebegitu, dapat makan 20 lebih jenis menu. MasyaAllah.. sedap2 pula menu tu semua. Menu dewasa ada, menu kids friendly pun ada. Duniawi mungkin harga tu nampak murah, tapi pelaburan ukhrawi yang mungkin dinampak oleh owner kedai. Bak katanya owner kedai ni masa kami jumpa, doa dari orang yang datang ke kedainya lagi mahal. Surau juga disediakan. Untuk korang yang nak cuba mini buffet ramadan ni, bolehlah ke 📍Ejohng Corner, Taman Pulai Perdana, JB p/s: Owner kedai juga tauke kilang kopi, so teh tarik yang kami minum tadi sedap rasanya. #iftar #ramadan2025 #ejohngcorner #buffetramadanjb

Post by zarinayu_cocodamia
2
2025-03-14

13 RAMADAN Masak apa tu? Sis masak Ayam Pad Kra Pao atau nama lain Basil Stir Fry untuk berbuka tadi. Banyak manfaat daun basil/selasih dalam kesihatan kita. Kalau tak nak masak, makan buat ulam pun boleh. Resepi simple2 aje. Selamat mencuba. #iftar #ramadan2025 #padkrapao

Post by zarinayu_cocodamia
5
2025-03-13

12 RAMADAN Udang kertas.. Atau ada juga orang panggil udang putih, lebih manis berbanding dengan udang biasa. Selalunya orang masak sambal atau goreng kunyit garing. Memang sedap. Yang renyahnya nak mencuci seekor-seekor tu. Nak cabut kepala lah, nak buat kulitlah. Sebab saiz kecil, kuantiti pun banyaklah. Harini masak udang kertas kunyit berlada. Goreng telur mata, makan dengan nasi panas, dah cukup nikmat. Selamat mencuba! #iftar #ramadan2025 #udangkertas #udangputih #udangberlado

Post by zarinayu_cocodamia
5
2025-03-12

11 RAMADAN Tom yam ayam berlemak masam manis pedas semua ada 😀. Pakej lengkap dipadankan pula dengan telur dadar, udang goreng tepung & ayam kunyit. #iftar #ramadan2025 #tomyamayam #tomyamayamsimple

Post by zarinayu_cocodamia
14
2025-03-11

10 RAMADAN Sekali sekala tukar selera asyik berbuka dengan nasi je kan. So berbuka tadi kita goreng kuew tiaw pula. Resepi simple2 aje. Tapi boleh menyebabkan bertambah. Resepi confirm jadi punya lah. Selamat mencuba. #iftar #ramadan2025 #kuewtiawgoreng #kuewtiawgorengsedap

Post by zarinayu_cocodamia
4
2025-03-10

9 RAMADAN Setelah 3 hari gantung kuali, marilah singsing lengan baju ketuk-ketuk kuali. Harini sempat masak Nasi Lemak Pandan bersama Ayam Goreng Mamak. #iftar #ramadan2025 #nasilemakpandan #ayamgorengmamak

Post by zarinayu_cocodamia
36
2025-03-09

8 RAMADAN Mengimarahkan Ramadan dengan berbuka di 👇 📍Masjid Jamek Bandar Baru Uda Masjid kegemaran Cg Khai & Daim ni. Kalau subuh berjemaah pun dah vibes2 macam Mekah & Madinah, apatah lagi pada bulan Ramadan ni. Memang pesta ibadah lah. Antara masjid legend di JB. Jemaah lelaki memang ramai yang berjubah kalau subuh di sini. Uniknya masjid ni langsung tiada tiang di sebesar2 ruang solat tu. Walaupun ramai jemaah, aircond tetap tip top sejuk. Karpet pun selesa. Alhamdulillah. p/s: Bertiga je lah sekarang sebab baru lepas hantar Ayyunie masuk asrama. #iftar #ramadan2025 #berbukadimasjid #masjidjamekbandarbaruuda

Post by zarinayu_cocodamia
20
2025-03-09

7 RAMADAN Meraikan ulang tahun Cg Khai di 👇 📍Restoran Duyung Seafood, Senibong Bukan acah-acah seafood ya dia bagi. Memang betul2 buffet seafood. Dari ketam biasa, ketam nipah, udang, sotong, kurita, segala seafood bercengkerang, oyster, kambing golek, gearbox dan macam2 lagi lah. Pendek kata signature dia memang seafood. Tak dan haihh nak snap gambar cantik2. Banyak lagi yang tak sempat snap dah ramai2 ni. Sambil makan sambil menikmati pemandangan sunset di muara. Memang berbaloi2 untuk pengemar seafood. Masjid pun sebelah je. Nikmat dunia dapat dikecapi, urusan ukhrawi pun dapat ditunaikan. Harga RM68 adult, RM34 kids. #iftar #ramadan2025 #duyungseafood #senibong #seafoodheaven

Post by zarinayu_cocodamia
21
2025-03-08

Tidak meminta yang lebih baik, kerana kamu adalah yang terbaik. Selamat ulang tahun suamiku. Semoga Allah sentiasa melindungi setiap langkahmu, dipanjangkan usia & dipermudahkan rezeki. Terima kasih menjadi suami yang bertanggungjawab dan ayah yang terbaik untuk anak-anak kita. #birthdaycikgukhai #happybirthdayhusband #harbin #wuchang #snowvalley #snowfall #saljiturun #helloharbinbydamiasdaim